Arah

Alhamdulillah, DESTINY baru selesai menyiapkan single terbaru hasil sentuhan sepenuhnya saudara Bazli UNIC yang bertajuk "Arah". Single terbaru ini merupakan langkah kerjasama yang julung kali dijayakan antara DESTINY dengan komposer muda berbakat itu. Apa yang diharapkan menerusi lagu ini adalah penerimaan serta sokongan  penuh daripada masyarakat umum akan lagu yang berkonsepkan da'wah ini.

Kita wajib menyedari dan memahami bahawa, walau sejauh mana kita tersasar, kembalilah mencari arah yang sepatutnya kita tuju. Kelak kita kembali jua pada-Nya walau siapa pun kita, walau sekaya mana pun kita, biar setinggi mana pangkat kita, kita akan tetap kembali ke asalnya. "Kita datang dengan miskin, kembali jua dengan miskin". Jangan sesekali berputus asa untuk mencari rahmat Allah kerana ia sentiasa ada untuk hamba-Nya yang gigih berusaha dan bertaubat. 

Lagu ini didedikasikan buat teman-teman dan peminat-peminat DESTINY yang selama ini terus menyokong perjuangan nasyid DESTINY. Semoga apa yang dihasilkan beroleh manfaat bersama dalam memacu hati dan iman kita untuk terus dekat dengan redha Allah. InsyaAllah~~

Jom dengarkan, terbaru dari DESTINY; "Arah"



Arah

Terus mencari arah yang pasti
Hilang tujuan arah panduan
Dalam kegelapan hitam kehidupan
Selalu tersasar ke kiri kanan

Allah...
Betapaku lemah dan tak berdaya
Selalu jauh dari memujimu
Ingkar dari sujud padamu
Allah...
Ampuni segala dosa-dosa ku
Ku akui khilaf kelemahanku
Kiniku kembali kepadamu

Cahaya cinta petunjuk hidayah
Menusuk hati memimpin diri
Titis air mata penuh penyesalan
Kau maha pengampun
Kaulah segalanya...

Allah...
Pasrahku menyebut namamu agung
Dalam doa ku panjat kesyukuran
Air mata keinsafan
Ya Allah...
Janjiku ibadah suluh hidupku
Dan matiku adalah untuk Mu
Demi kebahagian di sana

Hidup mati hanyalah untukmu...

Inilah ketenangan
Makna kebahagian
Telahku miliki...
Alhamdulillah

No comments:

Post a Comment