Destiny Nasyeed & Motivation [DNM]

 Gambar 1: Logo DNM

Destiny Nasyeed & Motivation [DNM] merupakan organisasi yang terlibat secara aktif dalam mengurus, menganjur serta mengendalikan program-program motivasi, kepimpinan, riadah dan sebagainya. DNM dianggotai oleh ahli kumpulan nasyid DESTINY selaku penggerak dan pengendali utama kepada DNM. Ruang, peluang serta kesempatan yang cuba dimanfaatkan sebaik mungkin ini bertitik tolak daripada minat serta kebolehan yang ada pada DESTINY dalam mengendalikan program yang ingin dijayakan.

Hal ini seiring dengan latar belakang DESTINY yang mana tiga daripada empat ahlinya berkhidamat sebagai pendidik. Pengalaman serta pengetahuan yang luas baik sebagai penceramah mahupun fasilitator akan cuba digunakan sebaik mungkin dalam siri program yang dianjurkan. Melihat kepada kondisi semasa komuniiti masyarakat terutamanya golongan sebaya, ianya telah membuka mata DNM untuk turut membantu golongan tersebut meraih, membina serta memperkasa peribadi dan personaliti mereka supaya menjadi kelompok individu berintelektual, bermotivasi tinggi serta berketerampilan bijak dan hebat.

Bertunjangkan konsep mesra dan jaya, DNM begitu bersemangat untuk menganjurkan program-program yang bersifat santai  tetapi sarat dengan nilai ilmu dan akhlak. Keazaman untuk melahirkan generasi masa depan yang ideal serta berupaya mengimplemantasikan ilmu dalam kehidupan seharian berbekalkan kecekalan jati diri yang baik berteraskan akhlak mahmudah adalah menjadi teras dan hasrat DNM di dalam setiap modus operandi program yang bakal dijalankan.

No comments:

Post a Comment