Wayang Oh Wayang!

Pantang ada yang mengajak, pasti cepat aja setujunya...Tidak menjadi satu kehairanan akan hobi menonton wayang dalam kalangan masyarakat kita. Buktinya, tanya saja kepada anak-anak muda hari ini, mahupun belia bahkan senja sekalipun pasti ramai yang menggemarinya. Tidak dapat dinafikan dengan kelebihan layar yang besar dilengkapi sistem bunyi yang mampu mengemudi langsung hati dan emosi para penonton pastinya memberikan satu kelainan berbanding menonton TV di rumah. Cerita yang sama, tapi feel nya berbeza.



Cerita apa yg best...???

Tidak menjadi masalah besar kepada pengunjung setia panggung wayang, apa-apa cerita sekalipun, layan...Perkembangan industri perfileman yang kian pesat seantero dunia menjadikan rutin hujung minggu anak muda kita tersadar di kerusi empuk yang mengadap tegak ke layar putih yang cukup besar. Lain orang lain minatnya, lain generasi lain persepsinya, tetapi masih memiliki nilai emosi yang sama. Rata-rata masyarakat hari ini lebih cenderung meminati cerita yang mempunyai campuran unsur, dan tidak tetap dan satu emosi sahaja. Romantik pun kena ada lawaknya. Lawak pun, kena ada siriusnya. Happy pun kena ada suspennya juga, seram pun tidak perlulah sampai dari minit pertama hinggalah ke penghujungnya masih gigih menguji kekuatan jeritan dan pekikan para penonton, kekadang nak juga ketawanya. Boleh juga cover takut sikit.




Ambil nilai yg baik...

Setiap perkara jika kena caranya mampu memberikan kebaikan kepada kita. Justeru perlu ada sikap “pilih dan padan” dalam diri kita. Pengajaran yang baik perlu dijadikan pedoman, dan setiap yang buruk, harus dijadikan tauladan. Caranya senang, pilih cerita yang boleh memberikan manfaat kepada diri dan bukan yang hanya sekadar mampu meraih emosi, tapi kosong tanpa inti untuk diadun dalam hati nurani. Berhibur tidak salah jika kena caranya...Ingat tu~~

No comments:

Post a Comment